Concurso de Design Rugvista!
FINALISTAS 2021 - VOTE e GANHE
Topo por Afifi Zaidin
![](https://images.rugvista.net/image/gallery_vote_detail/112934.jpg)
Topo is a merged between topologies of mountains and the human thumb print, which in my opinion, symbolises identity. This design was inspired by the period when I lose my identity as an artist and individual. To me, it is like getting lost in the mountains; big and densely forested.
Topo adalah pergabungan antara topologi gunung-ganang dan cap ibu jari. Saya mendapati inspirasi untuk melukis lukisan ini apabila teringat akan saat mengalami kesusahan dengan identiti saya sebagai seorang artis dan juga individu. Rasanya bagaikan terperangkap keseorangan dalam hutan yang lebat dengan dedahan tinggi. Selain itu, corak Topo yang seakan-akan mirip cap ibu jari bererti identiti.
Acerca de Afifi Zaidin
![](https://images.rugvista.net/image/gallery_face_new_thumb/109278.jpg)
Dari kecil lagi, saya tidak pernah mahir dalam subjek seperti Matematik dan Sains. Kekuatan saya terlahir di dalam bidang seni. Semasa saya kecil lagi, ibu saya akan mengajar saya bagaimana untuk melukis. Kemudian, saya akan cuba meniru cara beliau menggerakkan tangan beliau untuk menghasilkan karya. Sungguh mengagumkan. Itulah titik permulaan saya dalam bidang seni. Dari kecil lagi, saya dibuli teruk oleh kawan kelas kerana berkelakuan 'lembut'. Pada masa itu, senilah yang menjadi tempat saya berayu dan meluahkan segala rasa sedih. Walaubagaimanapun, teman sekolah saya, baik di sekolah rendah mahupun menengah, tahu bahawa kemahiran saya terletak pada seni. Dahulu, saya selalu dilantik oleh guru untuk menghiasi kelas untuk mendatangi musim-musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali mahupun Hari Kebangsaan. Pada awal 2016, saya didapati mengalami Borderline Personality Disorder, iaitu sejenis penyakit mental yang agak serius kerana ia mengganggu kestabilan perasaan, perangai, imej diri dan juga fungsi. Pada masa ini, saya mengalami kesusahan dengan identiti saya sebagai seorang artis. Namun begitu, saya tahu yang saya tertarik pada makhluk-makhluk yang agak luar biasa. Selain itu, saya gemar melukis mandala dan corak henna yang berliku-liku. Itulah bagaimana saya melihat hidup saya yang penuh dengan pancaroba.